Ciri-Ciri Suami Pilihan

Assalamualaikum and Hye readers,

✿ Sedap mata memandang :)

✿ Solat 5 waktu.

✿ Bukan kaki pukul.

✿ Tak panas baran.

✿ Bertanggungjawab.

✿ Penyabar.

✿ Berkemampuan menyara keluarga.

Sekian dari Aku,
Wassalam.


Istiqamah Diri

Assalamualaikum and Hye readers,

Tajuk hari nie ialah........jeng jeng jeng......Perlu ke jeng? Daaaa -,- Tajuk : ISTIQAMAH DIRI !!


✿ Aurat ku BERMARUAH bukan MURAH !

✿ Tabarruj ( berhias lebih-2 ) hanya untuk suami ku yang SAH !

✿ Berubah, Mujahadah !

✿ Istiqamah menjadi wanita SOLEHAH dan JANNAH ALLAH.

Sekian dari Aku,
Wassalam.


Muslimah Tak Guna ?

Assalamualaikum and Hye readers,



Kenapa ? Marahkan Aku kew dengan tajuk Aku nie? Chill relax semua. Aku tak akan kutuk laa Muslimah. Sebab Aku pon salah seorang dari mereka. Kenapa Aku cakap MUSLIMAH TAK GUNA ? Silakan baca kenyataan nie. Fikir-2kan laa :)

✿ Perempuan yang bergelar MUSLIMAH tidak akan memakai pakaian yang 
NIPIS yang menampakkan bentuk badannya. Kan ?

✿ Perempuan yang bergelar MUSLIMAH tidak akan memakai gelang kaki yang berloceng.
Sekiranya memakai juga, ia melanggar perintah Allah dlm ayat 31 surah An-Nur.

✿ Perempuan yang bergelar MUSLIMAH tidak akan membuang masa untuk berborak kosong
untuk mengumpat !

✿ Perempuan yang bergelar MUSLIMAH yang memahami etika dalam islam
tak gunakan lenggok bahasa yang boleh menggoda lelaki.

✿ Perempuan yang bergelar MUSLIMAH tidak menggunakan alat make-up untuk
menonjolkan kejelitaannya melainkan suaminya.


Sekian dari Aku,
Wassalam.


Mengapa Harus bersedih jika Anda memiliki 5 Formula ?

Assalamualaikum and Hye readers,


  • Percaya sepenuhnya kepada Allah swt.
  • Kesedaran tentang apa sahaja yang terjadi adalah ketentuan Illahi.
  • Sabar menempuh ujian Allah swt.
  • Jika terus bersedih, kesedihan tidak membantu kita !
  • Memikirkan kita berada di situasi yang lebih teruk dari sekarang.

Sekian dari Aku,
Wassalam.


Kaedah Menuju Kebahgiaan

Assalamualaikum and Hye readers,


  1. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi.
    *Fikirkan tentang diri menghadapi Akhirat kelak lebih baik dari memikirkan masa lalu.
  2. Jangan terlalu menyibukkan diri dengan dunia.
    *Fikirkan tentang apa akan terjadi jika sekiranya Akhirat di abaikan.?
  3. Beriman kepada Allah swt dan beramal soleh.
  4. Menerima Qada' dan Qadar Allah swt.
  5. Setiap musibah yang menimpa diri kita, adalah penghapus dosa-2.
  6. Fikirkan lah nikmat yang telah Allah swt beri pinjam kepada kita dan lalu bersyukur.
  7. Bersihkan hati dengan berzikir, solat dan mengaji.

Sekian dari Aku,
Wassalam.


Allah sentiasa ada untuk Kita

Assalamualaikum and Hye readers,


Pernah tak korang dihembat perasaan sedih?  keluhan diratap sendiri? Tak ada sape yang meratapi lalu kita mula menghadapinya sendiri.

Fitrah manusia akan sentiasa mencari tempat untuk mengadu. 

Sahabat karib. Keluarga.Suami / Isteri.

Namun kita manusia. Tidak sepanjang masa boleh mendengar segala pengaduan dan keresahan yang bersarang di jiwa mereka begitu jua mereka untuk kita. Kerana mereka dan kita juga ada kehidupan sendiri, juga ada keresahan yang bersarang dalam hati sendiri.Akhirnya , siapa yang kita ada???

Allah !

Hanya Dia , Tuhan yang berdiri dengan sendirinya...Hanya ALLAh-lah yang tidak jemu-jemu mendengar keluhan, pengaduan, keresahan dan kesedihan kita.

“ Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar. ”– al Baqarah : 152 – 153

Sekian dari Aku,
Wasalam.


Loving



Bf : Kita main satu game nak tak ?

Gf : Game apa ?

Bf : Macam ni , esok awak tak payah contact saya.. Maksudnya tak payah text, call or apa- apa yang berkaitan lah.. Saya pun buat mcam tu dekat awak okay ? Kita tengok siapa yang menang..

Gf : Okay !



Esoknya, si Gf terpaksa lah menahan rindu dekat Bf.. Mengenangkan yang ni satu permintaan , si Gf cuba kuatkan hati..

Keesokan harinya, si Gf call si Bf.. Tapi tak dijwab.. So si Gf pergi dekat rumah Bf dia.. Di luar rumah ,ramai orang.. Dia mula rasa pelik then trus masuk ke rumah.. Sekujur tubuh terbaring kaku di tengah rumah.. Dan tubuh tu adalah jasad si Bf yang dah meninggal . Mak si Bf pun bagi surat dkat GF..


Surat yang bertulis :

Sayang , smlam awak dapat hidup sehari tanpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hidup bhagia tanpa saya . Love you ♥

Sekian dr Aku,
Wasalam.


Taubat ?

Assalamualaikum and Hye readers,

Malam nie banyak pulak ilmu yang Aku tahu and Aku nak kongsi kan bersama. Tak ape kan ? Hehe. Tajuk malam nie ( malam ke? dah kul 2 pagi? ) heee, ialah TAUBAT.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya" 
                         (Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
Dalam firman Allah SWT mengingatkan kita bahawa:
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat." 
                                             (Surah Ali 'Imran ayat 185)

Sudah kah kita bersedia untuk bertemu pencipta kita iaitu Allah SWT ?
Cukup kah amalan kita untuk di bawa ke sana ?
Dimana kah level kita disisi-NYA kelak ?

Jalan pintas untuk meminta DIA mengampunkan kita ialah TAUBAT. Kerana DIA Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. 

Firman Allah dalam Surah az-Zumar ayat ke 53:
"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Sekian dari Aku,
Wasalam.



Jadi lah Wanita yg Di sanjungi


Assalamualaikum and Hye Readers,
Untuk tajuk kali ini agak sensitif bagi wanita di luar sana. Sebelum tulis apa-2, Aku ingin memohon maaf terlebih dahulu. Bukan niat nak membangga diri tapi ingin berkongsi cerita. Aku hanya manusia biasa yang masih merangkak mencari ilmu tentang agama. #PEACE !
"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.

Adakah anda tahu yang diri anda sungguh istimewa?


1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
6.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
8.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
9. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
10. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
12. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
13. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
14. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Akhir kata mohon beribu maaf kalau ada salah silap. Yang buruk datangnya dari Aku, yang baik datangnya dari ALLAH swt.
Sekian dari Aku,
Wasalam