Cinta Untuk Kebahagiaan

Assalamualaikum and Hye readers,

Ada sehat kah hari nie ? Heee, hopefully sehat sentiasa. Aminn~ Today topic is for love between HUSBAND AND WIFE. Not couple yang tak kahwin lagi OK. #ingat tu !!

Tips Untuk Suami :

 Bersikap baik dan lembut dengan isteri
 Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
 Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
 Bersabar terhadap karenah isteri
✿ Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros)
✿ Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra)
✿ Membantu tugas-tugas isteri di rumah
✿ Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
✿ Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
✿ Tidak bermesra dengan wanita lain
✿ Menjaga rahsia isteri
✿ Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain
✿ Tidak makan hasil kerja isteri


Tips Untuk Isteri :


✿ Berterima kasih di atas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil.
✿ Segera memenuhi permintaan suami
✿ Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara
✿ Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
✿ Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
✿ Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir
✿ Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir
✿ Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
✿ Membantu urusan perjuangannya
✿ Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
✿ Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
✿ Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata di hadapannya
✿ Menghormati keluarga suami
✿ Menjaga rahsia suami


Sekian dari Aku,



Hikmah Sujud Ketika SOLAT

Assalamualaikum and Hye readers,

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.


Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.


Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.


Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya..


Bernafas ketika sujud pula boleh:


- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.


Sekian dari Aku,
Wassalam.


Antara kegunaan garam dalam perubatan Islam

Assalamualaikum and Hye readers.


Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
 Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
 Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
 Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
 Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.
 Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.
 Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Sekian dari Aku,
Wassalam


Petua Untuk Mudah Bangun Subuh


Assalamualaikum and Hye readers. 


 Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

✿ Ambil wuduk sebelum tidur.

✿ Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

✿ Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

 Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”

✿ Maafkan semua orang sebelum tidur.

✿ Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

 Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

 Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda.


Sekian dari Aku,
Wassalam.