Assalamualaikum,
Salam 12 Ramadhan 1438H.
Selamat menjalani ibadah puasa semua kesayangan Beta..

Agak terlalu lama tak selongkar BLOG ni. Last post tahun 2013 mungkin. Time tu memang aku tengah rajin berblogging. So sekarang bila umur makin meningkat ni, dah kurang rasanya nak berblogging, and I dont know why (jangan cakap faktor umur okay, HAHA!).

After 4 tahun berlalu ni, aku belajar macam-macam dalam hidup, aku jumpa dan kenal pelbagai jenis manusia, yang membuatkan aku rasa aku terlalu kerdil dalam hidup aku sendiri. Walaupun dalam dunia ciptaan aku sendiri pun aku rasa tak selamat, ni kan pula dunia milik ALLAH.

Can I ask you something?

Apa tujuan utama kita hidup di dunia Allah yang sementara ni?

HIJRAH

Assalamualaikum and Salam Sejahtera :)

Nak berkongsi tentang indahnya Islam apabila kita benar benar mengenali Islam. Bukan Islam hanya pada kad pengenalan shj tapi dari dalam diri juga. Bak kata TEGAR " Aku yang dulu , bukan la yang sekarang " , semua orang boleh berubah cuma iman tu perlu kuat. Pernah menilai diri kita di tahap mana ? KITA HANYA HAMBA ! Hamba kepada siapa ? HAMBA ALLAH SWT. Ingat tu ! Bukan Hamba sesama manusia.

Berhijrah bukan senang. Banyak dugaan dan halangan. Cuma kita nak kene kuat.

1- Niat berubah kerana Allah.
2- Letak target berubah ke mana / utk apa.
3- Mendekati rakan yang baik / ulama.
4- Bersabar dengan cemuhan / makian / kutukan.
5- Berdoa sentiasa kepada ALLAH.

Hijrah diri kita juga. Dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.

1- Dari malas solat kepada solat lima waktu.
2- Dari kurang tutup aurat kepada tutup aurat dengan sempurna.
3- Dari pemarah kepada seorang yang sabar.
4- Dari suka gossip kepada ZERO gossip.
5- Dari bershopping kepada bersedekah / beramal.

Bila kita dah berada betul di jalaNYA , kita akan rasa tenang setenang yang tak dapat nak digambarkan. Dulu Aku teruk. Buat itu buat ini utk gembirakan hati , tapi tak sama macam sekarang. Ambil wuduk pon dah tenang. Belum lagi sujud kepadaNYA. Anda boleh bayangkan ? Terima Kasih kepada mereka yang sudi bantu Aku yang lemah ini. 

ALLAHU RABBI.


Perubahan Yang Menjadi Bahan ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kawan.

Entry kali ni untuk kawan kawan yang baik hati lagi ringan mulut bercakap pasal Aku tak henti henti tanpa rasa penat and dosa yang tak terhintung banyaknya.
Kawan kawan sekalian, Aku berubah sebab Aku sedar diri Aku dari dulu x sempurna.
Banyak dosa Aku pada NYA.
Aku berubah bukan sebab ikut kata orang or saja nak menunjuk.
Kalau Aku berubah sebab itu, rugi sesangat. Penat berpeluh pakai tudung labuh tapi niat x betul x guna.
X dapat pahala. Yang dapat panas je. So Aku berubah Lillahi Ta`ala ( kerana Allah SWT. )
Dah lama Aku fikir kan untuk berubah sepenuhnya. Alhamdulilllah, Aku mampu berubah sekarang.
Itu pon berkat doa Mama yang x putus putus mendoakan yang terbaik untuk Aku.
For the first time memang susah. Sebab macam macam bermain dalam fikiran Aku.
Biasa laa syaitan kan. Takut kita tunduk pada Allah.


“Ya Allah, bagaimanakah dia boleh berpakaian menutup aurat begitu, sedangkan aku masih berpakaian membalut aurat?”
“Aku nak hias elok-elok sebab nak jumpa pakwe aku.”
“Eh, dia tu pakai baju besar-besar tak panas ke?”
"Kalau berubah sayang laa pakaian lama Aku?"
"Ape pulak orang akan pandang Aku nanti, mesti xde sape nak kawan."
Ni laa persoalan yang selalu bermain dalam otak Aku bila hati Aku tergerak nak berubah. And kekadang terfikir "KENAPA AKU NAK DENGAR CAKAP ORANG LAIN ??" Aku hidup didunia ni hanya menumpang. Bila bila boleh mati. Kalau sekarang Aku x bertaubat and x berubah, bila lagi? Mungkin tiada esok hari untuk kita macam mana? X ke sedih mati tanpa melakukan apa yang ALLAH SWT suruh? Aku bersyukur sebab ALLAH SWT beri Aku peluang ni. Kalau nak diikutkan Aku waktu sekolah rendah, menengah and poli, Aku boleh dikata kan nama je perempuan tapi perangai macam jantan. Now, tidak lagi. Hehe. Sejak Aku ingin berubah kejalanNYA, ALLAH SWT temukan Aku dengan insan yang sangat baik sangat manis sangat solehah. Mereka laa yang menasihati Aku macam macam sampai Aku pon terasa nak jadi seperti mereka suatu hari nanti. Insya Allah.
And memang ramai yang tanya kat Aku, "tutup aurat je, kalau perangai tetap sama x guna!" "tutup aurat tapi gelak mengalahkan lelaki?" or "tutup aurat tapi berfesyen?"
Aku x sempurna mana pon nak jawab semua soalan yang meraka tanya, cuma satu je yang Aku boleh jawab.
Jawapannya diabawah :)