Taubat ?

Assalamualaikum and Hye readers,

Malam nie banyak pulak ilmu yang Aku tahu and Aku nak kongsi kan bersama. Tak ape kan ? Hehe. Tajuk malam nie ( malam ke? dah kul 2 pagi? ) heee, ialah TAUBAT.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya" 
                         (Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
Dalam firman Allah SWT mengingatkan kita bahawa:
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat." 
                                             (Surah Ali 'Imran ayat 185)

Sudah kah kita bersedia untuk bertemu pencipta kita iaitu Allah SWT ?
Cukup kah amalan kita untuk di bawa ke sana ?
Dimana kah level kita disisi-NYA kelak ?

Jalan pintas untuk meminta DIA mengampunkan kita ialah TAUBAT. Kerana DIA Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. 

Firman Allah dalam Surah az-Zumar ayat ke 53:
"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Sekian dari Aku,
Wasalam.



No comments:

Post a Comment