Jadi lah Wanita yg Di sanjungi


Assalamualaikum and Hye Readers,
Untuk tajuk kali ini agak sensitif bagi wanita di luar sana. Sebelum tulis apa-2, Aku ingin memohon maaf terlebih dahulu. Bukan niat nak membangga diri tapi ingin berkongsi cerita. Aku hanya manusia biasa yang masih merangkak mencari ilmu tentang agama. #PEACE !
"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.

Adakah anda tahu yang diri anda sungguh istimewa?


1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
6.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
8.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
9. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
10. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
12. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
13. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
14. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Akhir kata mohon beribu maaf kalau ada salah silap. Yang buruk datangnya dari Aku, yang baik datangnya dari ALLAH swt.
Sekian dari Aku,
Wasalam

No comments:

Post a Comment