HIJRAH

Assalamualaikum and Salam Sejahtera :)

Nak berkongsi tentang indahnya Islam apabila kita benar benar mengenali Islam. Bukan Islam hanya pada kad pengenalan shj tapi dari dalam diri juga. Bak kata TEGAR " Aku yang dulu , bukan la yang sekarang " , semua orang boleh berubah cuma iman tu perlu kuat. Pernah menilai diri kita di tahap mana ? KITA HANYA HAMBA ! Hamba kepada siapa ? HAMBA ALLAH SWT. Ingat tu ! Bukan Hamba sesama manusia.

Berhijrah bukan senang. Banyak dugaan dan halangan. Cuma kita nak kene kuat.

1- Niat berubah kerana Allah.
2- Letak target berubah ke mana / utk apa.
3- Mendekati rakan yang baik / ulama.
4- Bersabar dengan cemuhan / makian / kutukan.
5- Berdoa sentiasa kepada ALLAH.

Hijrah diri kita juga. Dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.

1- Dari malas solat kepada solat lima waktu.
2- Dari kurang tutup aurat kepada tutup aurat dengan sempurna.
3- Dari pemarah kepada seorang yang sabar.
4- Dari suka gossip kepada ZERO gossip.
5- Dari bershopping kepada bersedekah / beramal.

Bila kita dah berada betul di jalaNYA , kita akan rasa tenang setenang yang tak dapat nak digambarkan. Dulu Aku teruk. Buat itu buat ini utk gembirakan hati , tapi tak sama macam sekarang. Ambil wuduk pon dah tenang. Belum lagi sujud kepadaNYA. Anda boleh bayangkan ? Terima Kasih kepada mereka yang sudi bantu Aku yang lemah ini. 

ALLAHU RABBI.


No comments:

Post a Comment